Friday 27 July 2012

hari ini airmata jatuh jua.



hari ini airmataku jatuh jua,tapi bukan berjurai-juraian dipipi tapi tangisan didalam hati,amatlah perih,bila disimpan luka hati,hari ini,terkeluar juga.



                                   
  dulu-dulu masa kanak-kanak,bila menangis je,mesti ibu dan arwah pa yang pujuk,sekarang bila dewasa,pujuklah hati itu sendiri,rawat sendirian,bermunajat pada Tuhan. 






Alirkan butir2 mutiara di pipimu duhai sayang bilamana hatimu menjerit hiba, 
DIA pinjamkan hati ini buat kita, merintihlah di hadapannya, mengadulah di hadapannya, kerana hanya DIA yang memiliki segala penawar buat hati yang sedang pedih disiat, 
buat hati yang sedang longlai terbujur kaku


                                 






      Syukuri, Redhai musibah yang sedang melanda, kerana itu tandanya Allah masih ingatkan kita.. 
masih mahu mendengar kita merintih-rintih di hadapannya. Berlapang dadalah.
Sesungguhnya Allah itu sangat dekat, lebih dekat daripada urat leher kita,DIA maha mendengar, maha melihat setiap hati-hati hambaNYA. 


Moga asbab dari musibah tadi akan lebih mendekatkan kita kepada DIA yang selama ini menjauh tanpa kita sedari, 
yang mana hubungan kita denganNYA mulai renggang, dan terbatas.. 


Dengan namaMu Ya Allah, yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang..kuatkanlah hati yang lemah ini, jangan biarkan kami sendiri tanpaMU, dan jangan biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata pun..
Saat kita terasa kehilangan, yakinlah..Allah takkan pernah hilang dan tak pernah membiarkan kita. Sayangkan hubungan baik denganNya, InsyaAllah, Dia akan menjaga kita..


|senyum sahabatku sayang,kecewa itu cuma satu proses dalam kehidupan ♥|





No comments:

Post a Comment