Tuesday 28 August 2012

hari raya :)

lama dah x update blog,rindu rasanya.nak log msuk pon payah,lpe email n password,huhuhuu.macammana kawan?raya tahun ini?meriah x?alamdulilah.kami sekeluarga dapat meraikan nya bersama-sama walaupun dalam keadaan bersedih,teringat arwah ayah.kuih raya macam biasa,x wat,x sempat,saya dah angah pon 2 hari nak raya baru balik,memang x sempatla,mak pula sibuk kerja,tetapi kuih raya banyak juga,adik mak ,pak teh dari perak pos kuih raya,angah beli lagi dari kedah,mak beli lagi,banyak jugalah.baju raya saya pula kali ada 5 pasang, 2 jubah,1 kebaya(tetapi x sempat siap),1 baju kurung pahang dan 1 baju kurung biasa.paling saya suka dengan jubah saya,beli kat masjid india,x panas dan x jarang.kat bawah nanti saya upload gambar raya ye*


ini gambar baju raya pertama saya :)

raya pertama seperti biasa,ziarah rumah atuk,saudara mara dan jiran2 yang terdekat.raya kedua barulah,raya bersama kawan2 yang sangat happening dari ppagi sampailah petang,fun sangat2.nasib baiklah dalam kalangan kami ada yang berkereta senangla nak bergerak.





raya kedua :)







with my twin(baju sama)

okeyh,sampai sini dulu,alot thing to do :)bubye.assalamualaikum..

Wednesday 8 August 2012

JENIS2 JODOH :)


Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:




1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

*jodoh itu milik Allah,semoga kita bertemu jodoh yg diredhainya..

Saturday 4 August 2012

1,2,3 impian bella!!!

Setiap perempuan diluar sana pasti mengimpikan kebahagian disamping orang tercinta,kan??memiliki cinta suci umpama meraih kejayaan yang paling tertinggi dalam hidup.kebahagian itu penting taw.aset yang paling berharga dalam kehidupan kita.Bella pon teringin nak bahagia macam orang lain taw..bahagia hidup dengan adik2 dengan mak.da ada keluarga sendiri.

Mempunyai Pasangan hidup untuk masa ni,belum lagilah bersedia,baru je putus..hehehe.xkan terus nak pasang yang baru dah,hati ini bukan boleh dibeli dengan mudah taw..lepas ini nak cari yg betul2.insyaallah sehingga ke alam perkhawinan.memanglah bella lambat lagi nak khawen,nak fokuskan pada kerjaya ,keluara,mak ngan adik2.serta sambung belajar..insyaallah..

Bella,nieyh memang suka berangan..hehehe.berimaginasi..kih2..mengimpikan pasangan seumur hidup bella nanti melamar bella ditepi pantai n,time tuh matahari seang terbenam..mentari yang kelihatan berwarna jingga..mentari jingga..hehehe...bella suka tengok matahari terbenam..cantik sangat2..law x caye..korang trylah nengok..hehehehe...nanti2,bila2 free,glah duk pantai,nengok matahari terbenam..cantik taw..hehehe...


*pasangan yang bella idamkan ialah yg boleh jaga bella seadanya,terima bella dan keluarga bella,boleh bimbing bella..insyaallah,cinta itu pasti datang kan?aminnn...kalau ada khabar gembira,bella akan kongsikan ye,..hehhe..assalamualaikum..