Wednesday 25 July 2012

si jAN tuNG hAti :)

                                       assalamualaikum....

Ibu,
Saat perginya abah di senja nan merah, ibu tetap tabah. Walau telah hilang seorang lelaki disisi, ibu tetap kuat meniti hari. Esak tangis kami waktu itu, ibu cuba tenangkan walau jiwa ibu sendiri celaru. Keseorangan membesarkan anak-anak yang masih mentah, sememangnya bukan mudah . Sesekali terdengar keluhan ibu, apakan daya aku anak kecil yang tak mampu untuk membantu. Walau apa jua cuaca, ibu tetap gigih mengerat kudrat demi anak-anak tercinta. Pesan ibu, tidak mengapa kita menyuap nasi tanpa lauk sekarang, asal nanti tersenyum kenyang dimasa depan.  Buktikan pada dunia, anak yang membesar tanpa bapa juga mampu mencorak masa depan yang selesa!.

Semakin meningkat remaja, semakin  kita terpisah dek jarak dan masa. Demi ilmu yang dicari, kita merelakan perpisahan ini terjadi. Dalam kesibukan mencari ilmu, perlahan-lahan aku hampir terlupa bahawa aku masih punya ibu yang sedang tua. Mujur, aku kembali ibu. Kembali untuk mengucup berkat tanganmu dan bening dahi yang semakin menunjukkan tanda usia. Seringkali juga aku tatap wajahmu dalam tenang lena seorang ibu. Kini aku berjaya dewasa, hasil semangat dalam doa titipanmu.

                       

Aku memang bukan anak terbaik, jauh sekali menjadi yang paling patuh. Setiap tutur kata mu, ada sahaja aku bantah. Suruhanmu, kadang-kadang aku biarkan. Maafkan aku ibu, atas setiap keterlanjuran itu. Tapi jauh disudut hati ini, aku mahu dan sentiasa mahu untuk menjadi anak kebanggaan ibu. Susahnya menjadi anak pada zaman ini, tapi susah lagi menjadi seorang ibu 10 orang anak.

Tidak terucap bangga yang bersarang didada, tidak terhitung syukur dipanjatkan pada Dia, tidak terzahirkan dengan kata-kata. Sesungguhnya ibulah, insan teristimewa yang menghuni sudut jiwa pada setiap ruang masa. Terima kasih tuhan, kerana kurniakan kami seorang pejuang kehidupan.


                              Inilah wajah kesayanganku,ibu yang tercinta pengarang hatiku,si jantug hati,tanpanya jantung ku tidak akan berdegup,nadiku tidak akan berdenyut,terima kasih ibu....


gambarnya yang sentiasa ada didalam dompetku....

kasih ibu membawa ke syurga,sayangilah dia melebihi segalanya,tanpanya kita tidak akan lahir ke dunia.terima kasih kerana membawaku melihat dunia pada 20 Februari 1992.
IBU......KAULAH RATU HATIKU..
                                 

No comments:

Post a Comment